PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

EQCARE PERBEKAS

LATAR BELAKANG :

Terdapat ahli – ahli / keluarga PERBEKAS, PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan tetapi tidak berkemampuan untuk membeli peralatan tersebut. PERBEKAS dan PEJASMA telah menerima banyak cadangan supaya
PERBEKAS & PEJASMA mengwujudkan “Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA” bagi menguruskan penerimaan dan pemberian alat – alat kesihatan yang diperlukan.

PELAKSANAAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa (MJK) PERBEKAS Bil. 1 Tahun 2023 pada 23 Februari 2023 telah bersetuju untuk mengwujudkan Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA. Satu JK Khas telah ditubuhkan bagi menggerakan skim tersebut secara teratur dan tersusun seperti berikut :

  1. Mendapatkan sumbangan pihak syarikat / individu bagi membekalkan peralatan kesihatan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.
  2. Peralatan kesihatan yang diterima akan diletakkan di dalam tempat simpanan sebelum ianya diagihkan.
  3. Pemberian alat kesihatan ini diberi secara percuma atau secara sewaan dengan harga murah dan mampu milik.
  4. Ahli / Keluarga PERBEKAS & PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan yang tidak berkemampuan boleh memohon melalui Website www.eqcare.my dengan memilih di bahagian “Penderma atau Pemohon”.
  5. Setakat ini sambutan dan sokongan pihak syarikat / individu adalah menggalakan. Begitu juga terdapat ramai juga pemohon – pemohon yang telah memohon dan ada yang sudah dibekalkan secara percuma.

MAJLIS PELANCARAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Majlis Pemeriksaan / Bekalan Peralatan Kesihatan & Pelancaran EQCare – PERBEKAS & PEJASMA telah diadakan di Dewan Kenangan , Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya, Selangor yang dihadiri seramai 350 orang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dalam suasana yang santai dan meriah. YB Timbalan Menteri Kewangan II sangat berpuas hati dengan program yang diaturkan dan meminta pihak PERBEKAS & PEJASMA agar dapat memperluaskan kepada peringkat negeri / daerah. Beliau juga menyeru pihak syarikat swasta, korporat dan individu yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan derma secara ikhlas.

Majlis Berbuka Puasa PERBEKAS 2024M / 1445H

5 April 2024, Klang, Selangor : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa 2024M / 1445H pada 5 April…

Membaiki Pulih Pejabat PERBEKAS

26-10-2023, Kuala Lumpur : Kerja-kerja pembaikan telah dibuat dengan segera dan siap dalam tempoh lima (5) hari untuk membaiki kerosakan di Rumah…

Pelantikan Ketua Pengarah Kastam (KPK) Malaysia Baharu

25-09-2023, Putrajaya : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) amat berterima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia kerana telah…

Keluhuran Kepribadian YB Tuan Steven Sim Chee Keong – Timbalan Menteri Kewangan II & Ahli Parlimen Bukit Mertajam Pulau Pinang

01-10-2023, Bayan Lepas, Pulau Pinang : Sebagai seorang yang bukan beragama Islam tetapi sangat memahami konsep, prinsip serta menghormati Agama Islam, YB…