PROFIL, PENGALAMAN & PENGLIBATAN
DATO’ ABD RAHMAN MANAN DIMP.,KMN.,PPN
Pernah Berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur; Kuala Perlis, Perlis; Sungai Petani, Kedah; Pulau Pinang & Seberang Perai; Pengkalan Hulu, Perak; Kota Bharu, Kelantan & Pelabuhan Klang, Selangor (1969 – 2004).
Dipinjamkan Sebagai Pegawai Pinjaman, Bahagian Saran JPA (1997 – 2004) Bagi Menjalankan Tugas Sebagai Setiausaha Agung CUEPACS Dan Setiausaha Pihak Pekerja, Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Am / Sokongan.
Dilantik Sebagai Setiausaha Agung , Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM), Setiausaha Agung CUEPACS, Setiausaha MBK Am & Setiausaha Eksekutif CUEPACS mulai tahun 1995 hingga bersara pada 20.02.2004.
Mewakili Pekerja Malaysia (Kementerian Sumber Manusia / MTUC / CUEPACS / MEF) Ke Persidangan Tahunan ILO, Geneva, Switzerland (1997, 1999, 2001, 2002 & 2003).
Ahli Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) 1998 – 2004 & Ahli JK Perumahan Kerajaan JPM (1998 – 2004).
Ahli Panel Penasihat Akedemi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) 2002 – 2004.
Menghadiri Kursus Kesatuan Sekerja di INTAN / JPA; Turin, Italy; Beijing, China; Bangkok, Thailand; Manila, Filipina & Jakarta, Indonesia.
Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) : 2006 – Sekarang, Setiausaha Agung Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) : 2012 Hingga 2014, Setiausaha Agung, Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia (PEJASMA) : 2017 – Sekarang, Penasihat Korporat Bumijaz Sdn Bhd (BJSB) & Pengerusi Informasi Malaysia.
Penerima Pertama Anugerah Khas NGO 2017 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (24 Januari 2018) Di PICC, Putrajaya Oleh YAB Perdana Menteri.
Menerima Surat Penghargaan Ikon Pesara Kerajaan Malaysia Tahun 2019 Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA / KWAP).
Pengerusi Koperasi Bekas Kastam Malaysia Berhad (KOBEKAS) : Tahun 2009 – Sekarang.
Menerima Anugerah Bintang Jasa Terbilang CUEPACS (B.J.T.C) 2019 Semperna Konvensyen CUEPACS Pada 17 Dec 2019.