PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

PENERBITAN PERBEKAS

Dalam usaha mencari dan menambah dana Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS), pihak majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) denagn kelulusan Mesyuarat Agung PERBEKAS, telah berusaha mengurus dan menerbitkan “Buletin PERBEKAS” dengan permulaan mengadakan “Malam Aprisiasi PERBEKAS pada tahun 2005 dan seterusnya menerbitkan “Buletin PERBEKAS” pada tahun berikutnya hingga sekarang secara francais melalui rayuan jualan iklan untuk dimuatkan dalam “Buletin PERBEKAS” yang diterbitkan secara berkala setiap enam (6) bulan sekali.

Penerbitan “Buletin PERBEKAS” mendapat kelulusan / permit penerbitan daripada pihak KDN serta dimaklumkan kepada YB Menteri Kewangan dan YBhg Dato’ Sri Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Hasil jualan iklan secara francais dengan pihak – pihak yang dilantik secara rasmi adalah untuk menambah dana PERBEKAS bagi menjalan / menguruskan pentadbiran PERBEKAS, menjalankan kursus dan kos mengadakan Mesyuarat Agung PERBEKAS. Seperti yang kita semua maklum, hasil pendapatan yuran, iaitu Ahli Seumur Hidup (ASH) RM 125.00 dan Ahli Bersekutu (ABS) RM 65.00 sekali sahaja adalah jauh daripada mencukupi. Melalui pindaan Undang – Undang PERBEKAS yang terkini, Yuran ASH : RM 140.00 dan ABS : RM 70.00, itu pun tidak dapat menanggung kos pengurusan PERBEKAS.

Pengurusan penerbitan “Buletin PERBEKAS” masih dan perlu diteruskan bagi mencari dan menambah dana PERBEKAS. Mulai bulan Ogos 202, pihak MJK PERBEKAS telah mengubahsuai cara dan sistem penerbitan “Buletin PERBEKAS” dengan dua (2) cara / sistem iaitu :

Melalui cara “Online”:

Rayuan jualan iklan dan penerbitan iklan. Penerbitan iklan secara “online” di buat selepas dua (2) minggu bayaran belian iklan dan contoh iklan diterima daripada syarikat – syarikat berkenaan.

Melalui cara Manual:

Rayuan jualan secara manual )melalui surat – surat rayuan) kepada syarikat – syarikat yang berminat. Iklan – iklankan  diterbitkan  melalui  “Buletin PERBEKAS” setiap enam (6) bulan sekali.