PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

SKIM KHAIRAT KELOMPOK PERBEKAS
&
SKIM KHAIRAT MYMALAYSIA – EDISI KASTAM

  1. PERBEKAS telah menjalankan usahasama dengan Bumijez Sdn Bhd (BJSB) bagi mengwujudkan dua (2) Skim Khairat untuk ditawarkan kepada semua ahli – ahli PERBEKAS yang layak, iaitu berusia 70 tahun ke bawah (boleh dilanjutkan hingga 75 tahun) setelah menyertai Skim Khairat   Kelompok

1.1 Bayaran penyertaan RM 35.00 seorang setahun hingga tahun 2020. Bagi tahun 2021, pihak BJSB akan menaikkan kepada RM 50.00 seorang setahun.

1.2 Bagi ahli PERBEKAS yang  berusia 70 tahun ke atas ditawarkan “Skim Khairat – Teratai” dengan bayaran RM 150.00 seorang seumur    Jika sekiranya menyertai bersama suami / isteri (2 orang) hanya dikenakan bayaran  RM 2500.00 (Seumur Hidup).  Rujuk pamplet skim – skim tersebut.

1.3 Bagi ahli – ahli  /  keluarga yang telah menyertai “Skim Khairat Kelompok PERBEKAS”, sekiranya meninggal dunia, waris – waris  mereka  akan dibayar faedah  dan manfaat sepertimana dalam pamplet / risalah semasa menyertai skim tersebut. Kad keahlian juga dikeluarkan kepada mereka – mereka yang menyertai skim ini. Semenjak skim ini dijalankan seramai tiga (2) orang telah meninggal dunia itu :

    • Allahyarhamah Datin Hasnani Saad (Bayaran Pengurusan Jenazah RM 1500.00 sudah dibayar)
    • Allahyarhamah Datin Patimah Mat Daud (Pengurusan Jenazah dari Hospital Kajang hingga pengkebumian & bacaan talqin diuruskan oleh BJSB keseluruhan). Sumbangan   Pusara & Batu Nisan oleh BJSB RM 1000.00.
    • PERBEKAS telah dibayar pengurusan jenazah RM 1500.00.

2. Dalam masa yang sama PERBEKAS bersama BJSB juga telah mengwujudkan “Skim Khairat MyMalaysia – Edisi Kastam” untuk ditawarkan kepada rakan – rakan kita yang masih berkhidmat dengan JKDM. Taklimat – taklimat awal telah dibuat untuk pegawai dan anggota JKDM di Kuching        Sarawak, Kota Bharu Kelantan, WPKL Kelana Jaya, Kota Kinabalu Sabah, Alor Setar Kedah,Kangar Perlis, Sg Petani Kedah dan Johor Baharu Johor. Sambutan kepada mereka yang telah    mendengar taklimat sangat menggalakan.

2.1 Skim ini berkonsepkan “3M”, mudah, murah dan mampu.

2.1.1 Bayaran penyertaan secara bulanan di buat secara potongan gaji “ANGKASA”.

2.1.2 Kad Keahlian akan dikeluarkan.

2.1.3 Sebagai mengingati serta mengenang jasa ibu bapa dan ibu bapa mertua juga boleh di bawa masuk dalam skim ini melalui potongan gaji pegawai dan kakitangan itu sendiri.

2.1.4` Ahli – ahli skim yang telah menerima faedah dan manfaatnya adalah seperti berikut :

i) Pn Intan Nur Diyana Binti Kamarilzama : RM 7,000.00
(Bapa Meninggal Dunia) (Badal Haji diurus sendiri oleh waris)

ii) Pn Jamaliah Binti Md Ghazali : RM 6,000.00
(Bapa meninggal Dunia) (Baki RM 1,000.00 belum dibayar. Badal Haji akan di buat
pada tahun 2021)

iii) Pn Norhamizah Binti Othman : RM 4,000.00
(Bapa kemalangan – tuntutan
Putus jari / tlaporan doktor)

2.2 Ke semua skim – skim di atas telah pun mendapat restu pihak Kerajaan, sokongan pihak JAKIM dan JPA. Telah dilancarkan oleh YBhg Dato’ Sri Subromaniam Tholasy (Ketua Pengarah Kastam Malaysia – Mantan).

2.3 Taklimat – taklimat “Skim Khairat MyMalaysia – Edisi Kastam akan diteruskan selepas Covid-19 reda dan keadaan mengizinkan, InsyaAllah.