PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

PROGRAM DAN AKTIVITI

1. Selaras dengan tujuan dan objekif PERBEKAS yang paling utama adalah bagi menyatupadukan pesara / bekas Kastam tanpa mengira pangkat semasa berkhidmat dengan JKDM, selepas ini digelar “YB – Yang Bersara”.

2. Menjalankan program dan aktiviti seperti majlis perjumpaan dengan pesara / ahli PERBEKAS di peringkat pusat / negeri, mesyuarat agung peringkat pusat, majlis makan malam, kursus / seminar untuk ahli – ahli, mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Kerajaan, khasnya YB Menteri Kewangan / YB Timbalan Menteri Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBhg Ketua Pengarah Kastam Malaysia, YBhg Pengarah – Pengarah Kastam Negeri, Badan NGO / CUEPACS / Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia (YKM) dan lain – lain.

3. Menjalankan program dan aktiviti kebajikan untuk ahli – ahli dengan memberi bantuan kewangan mengikut kemampuan kewangan PERBEKAS hasil “Sumbangan Tahunan Kementerian Kewangan (MOF)” dan Penerbitan Buletin PERBEKAS secara francais.

4. Disamping itu, PERBEKAS juga mengwujudkan “Skim Khairat Kelompok PERBEKAS” untuk ahli – ahli dan “Skim Khairat MyMalaysia – Edisi Kastam” untuk pegawai dan kakitangan JKDM yang sedang berkhidmat (Rujuk Risalah Skim – Skim Khairat Berkenaan) dengan usahasama Bumijez Sdn Bhd (BJSB). Skim – skim tersebut telah mendapat restu Kerajaan, khanya YAB Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Pengarah Kastam Malaysia

1. SKIM KHAIRAT BERKELOMPOK PERBEKAS : RM 50 / SETAHUN
(Umur Penyertaan : 69 Tahun – Lanjut Hingga 75 Tahun)

2. SKIM KHAIRAT TERATAI PERBEKAS : I ATAU II
(Umur Penyertaan : 70 Tahun Ke Atas – Seumur Hidup)