Skip to main content

PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

EQCARE PERBEKAS

LATAR BELAKANG :

Terdapat ahli – ahli / keluarga PERBEKAS, PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan tetapi tidak berkemampuan untuk membeli peralatan tersebut. PERBEKAS dan PEJASMA telah menerima banyak cadangan supaya
PERBEKAS & PEJASMA mengwujudkan “Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA” bagi menguruskan penerimaan dan pemberian alat – alat kesihatan yang diperlukan.

PELAKSANAAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa (MJK) PERBEKAS Bil. 1 Tahun 2023 pada 23 Februari 2023 telah bersetuju untuk mengwujudkan Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA. Satu JK Khas telah ditubuhkan bagi menggerakan skim tersebut secara teratur dan tersusun seperti berikut :

  1. Mendapatkan sumbangan pihak syarikat / individu bagi membekalkan peralatan kesihatan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.
  2. Peralatan kesihatan yang diterima akan diletakkan di dalam tempat simpanan sebelum ianya diagihkan.
  3. Pemberian alat kesihatan ini diberi secara percuma atau secara sewaan dengan harga murah dan mampu milik.
  4. Ahli / Keluarga PERBEKAS & PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan yang tidak berkemampuan boleh memohon melalui Website www.eqcare.my dengan memilih di bahagian “Penderma atau Pemohon”.
  5. Setakat ini sambutan dan sokongan pihak syarikat / individu adalah menggalakan. Begitu juga terdapat ramai juga pemohon – pemohon yang telah memohon dan ada yang sudah dibekalkan secara percuma.

MAJLIS PELANCARAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Majlis Pemeriksaan / Bekalan Peralatan Kesihatan & Pelancaran EQCare – PERBEKAS & PEJASMA telah diadakan di Dewan Kenangan , Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya, Selangor yang dihadiri seramai 350 orang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dalam suasana yang santai dan meriah. YB Timbalan Menteri Kewangan II sangat berpuas hati dengan program yang diaturkan dan meminta pihak PERBEKAS & PEJASMA agar dapat memperluaskan kepada peringkat negeri / daerah. Beliau juga menyeru pihak syarikat swasta, korporat dan individu yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan derma secara ikhlas.

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam WPKL

19 Oktober 2026, Kelana Jaya, Selangor : Dalam usaha memperluas jaringan kerjasama dengan kepimpinan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Bekas Kastam…

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Selangor

15 Oktober 2026, Pelabuhan Klang, Selangor : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Puan Noraidah binti…

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Sembilan

2 Oktober 2026, Seremban, Negeri Sembilan : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Tuan Jamal bin…

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Melaka

2 Oktober 2026, Melaka : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Roslan bin Yusoff, Pengarah…