Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Terengganu

July 1, 2026 By 0 Comments

1 Julai 2026, Kuala Terengganu, Terengganu : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) meneruskan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri dengan mengadakan kunjungan ke atas YBrs. Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Terengganu. Delegasi PERBEKAS diketuai oleh Dato’ Hj. Bedolah bin Botok, Presiden PERBEKAS.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh PKN Terengganu dalam suasana yang penuh mesra dan muhibah. Pertemuan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara kepimpinan semasa JKDM dan warga pesara, malah membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan peranan PERBEKAS dalam menyokong pembangunan jabatan serta memelihara kebajikan komuniti pesara Kastam.

Pertemuan tersebut turut dimanfaatkan untuk membincangkan beberapa inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada komuniti pesara Kastam. Antaranya termasuk usaha memperkukuh kerjasama antara JKDM dan PERBEKAS, memperluaskan penglibatan bakal pesara dalam persatuan, memperkasa penerbitan Buletin PERBEKAS Zon Pantai Timur serta menjayakan pelbagai program kebajikan dan tanggungjawab sosial yang diterajui oleh PERBEKAS, termasuk Kempen Peranti Kesihatan PERBEKASCARE dan PEYATIM.

PERBEKAS merakamkan penghargaan atas kesudian Pengarah Kastam Negeri Terengganu menerima kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkasakan demi memastikan legasi kecemerlangan serta semangat kekeluargaan warga Kastam Malaysia terus subur.