Skip to main content

PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

EQCARE PERBEKAS

LATAR BELAKANG :

Terdapat ahli – ahli / keluarga PERBEKAS, PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan tetapi tidak berkemampuan untuk membeli peralatan tersebut. PERBEKAS dan PEJASMA telah menerima banyak cadangan supaya
PERBEKAS & PEJASMA mengwujudkan “Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA” bagi menguruskan penerimaan dan pemberian alat – alat kesihatan yang diperlukan.

PELAKSANAAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa (MJK) PERBEKAS Bil. 1 Tahun 2023 pada 23 Februari 2023 telah bersetuju untuk mengwujudkan Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA. Satu JK Khas telah ditubuhkan bagi menggerakan skim tersebut secara teratur dan tersusun seperti berikut :

  1. Mendapatkan sumbangan pihak syarikat / individu bagi membekalkan peralatan kesihatan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.
  2. Peralatan kesihatan yang diterima akan diletakkan di dalam tempat simpanan sebelum ianya diagihkan.
  3. Pemberian alat kesihatan ini diberi secara percuma atau secara sewaan dengan harga murah dan mampu milik.
  4. Ahli / Keluarga PERBEKAS & PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan yang tidak berkemampuan boleh memohon melalui Website www.eqcare.my dengan memilih di bahagian “Penderma atau Pemohon”.
  5. Setakat ini sambutan dan sokongan pihak syarikat / individu adalah menggalakan. Begitu juga terdapat ramai juga pemohon – pemohon yang telah memohon dan ada yang sudah dibekalkan secara percuma.

MAJLIS PELANCARAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Majlis Pemeriksaan / Bekalan Peralatan Kesihatan & Pelancaran EQCare – PERBEKAS & PEJASMA telah diadakan di Dewan Kenangan , Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya, Selangor yang dihadiri seramai 350 orang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dalam suasana yang santai dan meriah. YB Timbalan Menteri Kewangan II sangat berpuas hati dengan program yang diaturkan dan meminta pihak PERBEKAS & PEJASMA agar dapat memperluaskan kepada peringkat negeri / daerah. Beliau juga menyeru pihak syarikat swasta, korporat dan individu yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan derma secara ikhlas.

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Pahang

2 Julai 2026, Kuantan, Pahang : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS), yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Dato’ Hj. Bedolah bin Botok, telah…

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Terengganu

1 Julai 2026, Kuala Terengganu, Terengganu : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) meneruskan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)…

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Kelantan

30 Jun 2026, Kota Bharu, Kelantan : PERBEKAS telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor,…

Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Sabah

23 Jun 2026, Kota Kinabalu, Sabah : PERBEKAS telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, Pengarah…