Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Sabah
23 Jun 2026, Kota Kinabalu, Sabah : PERBEKAS telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, Pengarah Kastam Negeri Sabah, di Pejabat Pengarah Kastam Negeri Sabah.
Kunjungan tersebut diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta mempererat kerjasama strategik antara Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sabah. Pertemuan ini turut menjadi platform bagi bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan peranan komuniti pesara dalam menyokong pembangunan serta kecemerlangan jabatan.
Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkepentingan bersama, termasuk usaha memperkukuh kerjasama antara JKDM dan PERBEKAS di peringkat negeri, meningkatkan penglibatan bakal pesara serta pesara dalam aktiviti persatuan, di samping mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan program-program PERBEKAS. Turut dibincangkan ialah penerbitan Buletin PERBEKAS Zon Borneo serta pelaksanaan inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan seperti Kempen Peranti Kesihatan PERBEKASCARE dan Program PEYATIM.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan PERBEKAS dalam menjalin hubungan baik dengan kepimpinan JKDM di peringkat negeri, sekali gus memperkukuhkan semangat kebersamaan demi memelihara legasi dan kesinambungan kecemerlangan perkhidmatan Kastam Malaysia.

0 Comments on "Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Sabah"