Sambutan Hari Raya Haji PERBEKAS Negeri Johor
18 Jun 2026, Johor Bahru, Johor : PERBEKAS Negeri Johor telah mengadakan Sambutan Hari Raya Haji di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, Johor. Majlis disempurnakan lagi dengan kehadiran Pengarah Kastam Negeri Johor, Tuan Aminul Izmeer B. Mohd Sohaimi. Turut hadir di majlis tersebut adalah Dato’ Hj. Bedolah B. Botok, Presiden PERBEKAS dan isteri serta Dato’ Hj. Ja’apar B. Mansor, Setiausaha PERBEKAS dan isteri.
Seramai 200 ahli PERBEKAS Negeri Johor dan pesara Kastam telah menghadiri dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Pelbagai hadiah cabutan bertuah juga telah disampaikan kepada pemenang dan juadah Hari Raya Haji yang enak juga telah dihidangkan bagi para hadirin. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PERBEKAS Negeri Johor!

0 Comments on "Sambutan Hari Raya Haji PERBEKAS Negeri Johor"