
Majlis Pelancaran Skim Kebajikan Penjagaan Kesihatan EQCARE/Sumbangan Kebajikan – PERBEKAS & PEJASMA
28 Julai 2023, Perai, Pulau Pinang : Sempena Majlis Pelancaran Skim Kebajikan Penjagaan Kesihatan EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA oleh YB Tuan Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II di Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang. Juga diadakan ‘ Penyampaian Cek – Cek Peruntukan Sumbangan Kebajikan PERBEKAS’ oleh YBhg Dato’ Zazuli Johan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Beliau juga turut menyampaikan cek – cek bernilai RM1,500.00 seorang kepada 3 orang wakil waris yang meninggal yang menyertai “Skim Khairat Kelompok PERBEKAS”.
Menerima Sumbangan Kebajikan
Cek – cek Sumbangan Kebajikan telah diterima oleh mereka yang berikut:
Datuk Abdul Hamid Ahmad, Pengerusi PERBEKAS Pulau Pinang, Hj Wan Nor Kamal, Setiausaha PERBEKAS Kelantan, Hj Hussin Dato’ Hairi Osman, Pengerusi PERBEKAS Perak, Hj Ahmad Sulaiman Najidi, Pengerusi PERBEKAS Perlis & Encik Wan Nasir, AJK PERBEKAS Kedah (Wakil Pengerusi Kedah).
Share on Facebook Share on Twitter Share on Pinterest
0 Comments on "Majlis Pelancaran Skim Kebajikan Penjagaan Kesihatan EQCARE/Sumbangan Kebajikan – PERBEKAS & PEJASMA"