Majlis Kunjung – Hormat PERBEKAS Dengan Ketua Pengarah Kastam Malaysia

February 26, 2024 By 0 Comments

20-07-2023, Putrajaya : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan Majlis Kunjung – Hormat dengan YBhg Dato’ Hj Zazuli Johan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Aras 10 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya, Malaysia pada 20 Julai 2023.

PERBEKAS diketuai oleh Dato’ Bedolah Botok (Naib Presiden). Turut hadir Dato’ Ja’apar Mansor (Setiausaha) dan AJK serta Ustaz Hj Zainal Khamis, Tn Ab Halim Hamzah (Bumijez Sdn Bhd), En Renutasan Rajan, En Mohanasuntharam Kuppusamy dan En Prakash Santramogan (Lotusarts / Skim Penjagaan Kesihatan EQCare). Dato’ Abd Rahman Manan (Presiden PERBEKAS) tidak hadir kerana urusan pemeriksaan di IJN.