Lawatan Ukhwah Dumai-Pekanbaru, Indonesia
25 – 28 September 2026, Dumai – Pekanbaru, Indonesia – Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah menganjurkan Lawatan Ukhwah ke Dumai dan Pekanbaru, Indonesia pada 25 hingga 28 September 2026. Lawatan ini disertai oleh ahli PERBEKAS bersama Pertubuhan Jaringan Ikatan Ummah (JITU) dan bertolak dengan menaiki feri dari Jeti ICQS Melaka.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengunjungi beberapa lokasi menarik dan bersejarah, antaranya Dumai Islamic Centre dan Istana Kerajaan Siak. Selain menikmati juadah bersama, para peserta turut berkesempatan menunaikan solat berjemaah, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan sepanjang program berlangsung.
Lawatan ini turut dimeriahkan dengan aktiviti membeli-belah, yang memberi peluang kepada para peserta mendapatkan pelbagai barangan serta cenderamata sebagai kenangan. Suasana santai dan penuh kemesraan sepanjang perjalanan menjadikan lawatan ini satu pengalaman yang bermakna buat semua yang menyertainya.
Sebagai penutup, para peserta saling bertukar hadiah sebagai tanda persahabatan dan kenangan. Secara keseluruhannya, Lawatan Ukhwah ini bukan sahaja memberikan pengalaman dan kenangan indah, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, mempererat silaturahim serta membina hubungan yang lebih erat antara PERBEKAS, JITU dan para peserta.


0 Comments on "Lawatan Ukhwah Dumai-Pekanbaru, Indonesia"