Keluhuran Kepribadian YB Tuan Steven Sim Chee Keong – Timbalan Menteri Kewangan II & Ahli Parlimen Bukit Mertajam Pulau Pinang

February 26, 2024 By 0 Comments

01-10-2023, Bayan Lepas, Pulau Pinang : Sebagai seorang yang bukan beragama Islam tetapi sangat memahami konsep, prinsip serta menghormati Agama Islam, YB Tuan Steven Sim Chee Keong begitu tinggi dan luhur kepribadian beliau. Lihat dan hayatilah coretan beliau yang menghormati guru beliau, iaitu Cikgu Zaniyah dan suaminya Pak Johari.

Bangun sebelum subuh, pergi airport kasi kejutan kat Cikgu Zaniyah.

Bulan Februari lalu, saya janji nak taja guru Darjah 1 saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya Pak Johari untuk menunaikan umrah. Ini saya pakai duit sendiri sebagai menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidup saya, bukan pakai duit peruntukan kerajaan.

Sebab nak susun jadual Cikgu, jadi kena ambik masa sikit.

Kini penungguan 8 bulan untuk ke Tanah Suci Mekah berakhir.

Cikgu tak tau saya akan datang ke airport untuk menghantar mereka. Saya tak habaq sebab nak bagi surprise kat Cikgu.

Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah Cikgu dan Pak Johari.

Di Tanah Suci nanti, mohon Cikgu halalkan segala ilmu yang diajar kepada Steven dan doakan Steven diberi kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat.

Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga dianugerahkan umrah yang mabrur.