Pelantikan Ketua Pengarah Kastam (KPK) Malaysia Baharu

March 14, 2024 By 0 Comments

25-09-2023, Putrajaya : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) amat berterima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia kerana telah melantik YBhg Dato’ Anis Rizana Binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia bagi mengetuai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan menggantikan YBhg Dato’ Hj Zazuli Johan yang telah bersara.

Semoga dengan pelantikan tersebut, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan terus bertambah mantap dalam tugas-tugas pencegahan penyeludupan serta mempertingkatkan lagi ‘Pungutan Hasil Tidak Langsung Kedua Terbesar’ negara ini, InsyaAllah.