PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

SYARAT – SYARAT KEAHLIAN PERBEKAS

  1. Persatuan Bekas Pegawai Kastam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1989 dengan No. Daftar: 1001/89 (Wilayah Persekutuan).
  2. Nama Persatuan Bekas Pegawai Kastam dipinda kepada PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA (PERBEKAS) supaya sesuai dengan ketegori ahli yang terdiri daripada pesara – pesara Kastam yang berikut :

2.1        Ketua / Timbalan / Pengarah –  Pengarah Kastam (Pengurusan Tertinggi).

2.2        Penguasa Kastam dan Ke atas (Pengurusan  & Profesional).

2.3        Penolong dan Penolong  Penguasa Kastam.

2.4        Semua Peringkat Pegawai Kastam Termasuk Pegawai Kastam Marin.

2.5        Semua Peringkat Pegawai dan Kakitangan JKDM (Terbuka kepada         semua peringkat pesara – pesara JKDM).

  1. Semua peringkat pegawai dan kakitangan JKDM yang telah bersara dan akan bersara pilihan atau wajib dalam tempoh tiga (3) bulan adalah dirayu digalakan menyertai PERBEKAS, selaras dengan motto kita “PERBEKAS KITA, TANGGUNGJAWAB KITA” & “PESARA KASTAM – PERBEKAS”.
  2. PERBEKAS hanya mempunyai dua (2) ketegori ahli, iaitu Ahli Seumur Hidup (ASH) dan Ahli Bersekutu (ABS) dengan bayaran yuran seperti berikut.

4.1        Ahli Seumur Hidup (ASH) :

i) Yuran Pendaftaran :   RM  10.00
II) Yuran ASH :                 RM 130.00

4.2        Ahli Bersekutu (ABS)                  : RM 70.00

(Isteri / Suami Ahli Yang tidak Berkhidmat di JKDM)

  1. Pesara – pesara Kastam (termasuk isteri / suami) boleh memohon untuk menjadi ahli PERBEKAS (ASH dan ABS) dengan memuat naik melalui online. Setelah diisi boleh dikembalikan juga melalui online (website). Bayaran yuran boleh dibuat melalui cek atas nama “Persatuan Bekas Kastam Malaysia” dan hantarkan ke Ibu Pejabat PERBEKAS di JKR No. 3148, Jalan Persekutuan, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur. Bagi mereka yang hendak menghantar borang dan bayaran yuran secara bank in ke Akaun PERBEKAS CIMB No: ____________________ dan dihantarkan slip bayaran ke alamat yang sama atau emailkan kepada Email Presiden datukabd.rahman@gmail.com
  2. Semoga telah mendapat keterangan dan maklumat yang jelas dan terima kasih atas perhatian.

[PERATURAN 5 & 6 – UNDANG – UNDANG PERBEKAS]