Majlis Berbuka Puasa PERBEKAS 2024M / 1445H

April 17, 2024 By 0 Comments

5 April 2024, Klang, Selangor : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa 2024M / 1445H pada 5 April 2024 di Royal Mustika Ballroom, Taman Perindustrian Sungai Jati 29/KS02, Jalan Hj Abdul Karim, Klang, Selangor. Sempena Majlis Berbuka Puasa itu, juga diadakan Mesyuarat Urusetia Khas PERBEKAS berkaitan Majlis Sambutan Hari Raya PERBEKAS & PEJASMA pada 24 April 2024. Turut hadir Dato’ Presiden & Datin Azlina, Dato’ Naib Presiden & Toh Puan, Dato’ Setiausaha & Datin dan AJK PERBEKAS. Sebelum bersurai, Tn Hj Mahat Salleh, AJK PERBEKAS telah membaca doa selamat memohon keberkatan daripada Allah SWT jua, Aamiin. Laporan: Dato’ Abd Rahman Manan.