3 July 2024, Kuala Lumpur : Pihak KWAP telah menjemput wakil PERBEKAS, PEJASMA & EQCARE bagi membincangkan kerjasama KWAP mengenai Skim Penjagaan Kesihatan EQCARE, Skim Khairat MyMalaysia – Edisi Sektor Awam & Pesara Kerajaan dan Skincare Product Kecantikan dari Korea. Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, CEO KWAP yang mempengerusikan Mesyuarat tersebut mengalu – alukan kerjasama bagi mempromosikan produk – produk tersebut kepada pesara – pesara kerajaan sebagai satu sumbangan aktiviti sosial dan kebajikan untuk pesara kerajaan. KWAP akan membantu bagi mempromosikan produk – produk tersebut.
Dato’ Abd Rahman Manan, Presiden PERBEKAS dan Setiausaha Agung PEJASMA mengetuai bagi pihak PERBEKAS, PEJASMA & EQCARE. Perbincangan berjalan lancar dan perbincangan pelaksanaan kerjasama akan diadakan dari masa ke semasa untuk membantu pesara kerajaan yang tidak mampu untuk membeli alat – alat penjagaan kesihatan seperti kerusi roda dan lain – lain.
0 Comments on "Kerjasama KWAP dengan PERBEKAS, PEJASMA & EQCARE dalam Promosi Produk dan Skim Kebajikan untuk Pesara Kerajaan"