
Sejarah Lama Dato’ Presiden PERBEKAS dengan YAB PMX
Dato’ Abd Rahman Manan, Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) & Setiausaha Agung Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia (PEJASMA) telah mengenali YAB PMX semenjak tahun 1982 semasa beliau mula – mula berucap dalam perhimpunan di Ampang Jajar, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada masa itu, Dato’ Abd Rahman Manan berkhidmat di JKDM Jeti Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Selain itu, ketika Dato’ Abd Rahman Manan menjadi Setiausaha Agung CUEPACS, satu pertemuan kunjung-hormat bersama CUEPACS & MTUC telah diadakan dengan YAB PMX pada tahun 1998 di Pejabat Perdana Menteri, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Pada masa itu, PMX adalah Menteri Kewangan & juga Timbalan Perdana Menteri.
0 Comments on "Sejarah Lama Dato’ Presiden PERBEKAS dengan YAB PMX"