PERBEKAS Sabah buat kunjung hormat Pen. KP Zon Sabah.

December 2, 2022 By 0 Comments

PERBEKAS Sabah buat kunjung hormat Pen. KP Zon Sabah.

Satu kunjungan hormat PERBEKAS Sabah kepada Tuan Hj Nassir Deraman, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah diadakan pada 2hb Disember 2022 di Pejabat Pen. Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Aras 7 Menara Kastam Sabah.

Kunjung hormat bertujuan menerangkan peranan dan aktiviti Persatuan Bekas- Bekas Kastam PERBEKAS Sabah disamping menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Hj Nassir Bin Deraman yg baharu sahaja dinaikkan pangkat ke JUSA B dan seterusnya dilantik sebagai peneraju Kepimpinan Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Y. Bhg Datuk Hj Md Yusop Bin Hj Mansur, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Tuan Aminul Izmeer Bin Sohaimi, Tim. Pengarah Kastam Operasi Cukai Dalaman, Tuan Edward Saibeh, Tim. Pengarah Kastam Operasi Perkastaman dan Tuan Mohamad Syukri Jusoh, Tim. Pengarah Kastam Operasi Pematuhan.