Perjumpaan PERBEKAS dengan Pengarah Seksyen Pengurusan Kuarters, Unit Kesejahteraan Komuniti, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Putrajaya
29 Januari 2026, Putrajaya : PERBEKAS telah mengadakan satu perjumpaan dengan Pengarah Seksyen Pengurusan Kuarters, Unit Kesejahteraan Komuniti, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Putrajaya berkenaan kadar sewaan Pejabat PERBEKAS yang terletak di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Delegasi PERBEKAS, yang terdiri daripada Setiausaha PERBEKAS, Dato’ Hj. Ja’apar Mansor, Urusetia PERBEKAS, En. Renutasan dan En. Prakas telah berjumpa dengan Tuan Sharez Izuan B. Md Zaidi untuk berbincang mengenai kontrak sewaan pejabat antara PERBEKAS dan BPH, Putrajaya yang telah dimeterai sejak beberapa tahun yang lalu.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Pinterest
0 Comments on "Perjumpaan PERBEKAS dengan Pengarah Seksyen Pengurusan Kuarters, Unit Kesejahteraan Komuniti, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Putrajaya"