Delegasi PERBEKAS diketuai oleh Presiden PERBEKAS, YBhg. Dato’ Hj. Bedolah bin Botok, dan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Hj. Ja’apar bin Mansor (Setiausaha PERBEKAS), Tuan Haji Mashuri bin Ahamad (Tim. Pengerusi PERBEKAS Negeri Melaka), Dr. Ayub bin Tabri dan Tuan Haji Hassim bin Hasan (AJK PERBEKAS Negeri Melaka), serta Encik Renutasan Rajan (Urusetia Buletin PERBEKAS).
Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah, dengan perbincangan yang menyentuh kepentingan komuniti pesara serta usaha memperkukuh hubungan antara PERBEKAS dan JKDM Negeri Melaka. Pertemuan ini turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai peranan PERBEKAS dalam menghubungkan warga pesara dengan Jabatan, di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif dan aktiviti persatuan.
Antara perkara yang diketengahkan termasuk usaha memperkenalkan PERBEKAS kepada bakal pesara dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti persatuan serta mendapatkan sokongan JKDM terhadap pelaksanaan program-program PERBEKAS. Turut diberi perhatian ialah usaha memperkukuh penerbitan dan penyebaran Buletin PERBEKAS, di samping pelaksanaan inisiatif kebajikan seperti Kempen Peranti Kesihatan PERBEKASCARE dan Program PEYATIM.
PERBEKAS merakamkan penghargaan atas kesudian YBrs. Tuan Roslan bin Yusoff menerima kunjungan tersebut. Diharapkan hubungan yang terjalin akan terus diperkukuhkan melalui kerjasama dan komunikasi yang berterusan, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti pesara serta mempererat semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Kastam Malaysia.
0 Comments on "Kunjungan Hormat PERBEKAS ke atas Pengarah Kastam Negeri Melaka"