Taklimat maklumat lanjut mengenai cadangan Kerajaan mengwujudkan SBA & STA

October 14, 2022 By 0 Comments

Assalam Sahabat-Sahabat Semua.

Selaras dgn keputusan Mesyuarat MJK Perbekas Bil.2 pada 12.10.22, Perbekas akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai cadangan Kerajaan (KDN & MOF) untuk mengwujudkan Single Boader Agency (SBA) dan Single Tax Agency (STA) yang sensitif kepada Struktur Organisasi JKDM. Taklimat hari ini diselaraskan oleh Dato’ Zaleha dan disampaikan oleh Puan Amirulita, Pgh. Bhg. Pematuhan, JKDM Ibu Pejabat selama 2 jam (9:00pg-11:00pg) dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan. Perbekas akan menyediakan ‘Kertas Cadangan Balas’ bersama dengan Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PPKKM) dan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM).

Perbekas diwakili: Dato’ Bedolah Botok (NP), Dato’ Ja’apar Mansor (Setiausaha), Dato’ Abdul Karim Hanapiah (AJK), Dato’ Zaleha Hamzah (Penyelaras Progm), Dato’ Azimah (Ahli) & Dato’ Pudzi Man (Ahli).

Perbekas mengucapkan terima kasih kepada Pn Amirulita & Dato’ Zaleha atas kerjasama dan bantuan mereka bagi menjayakan taklimat tersebut.