PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA
1.1 Bayaran penyertaan RM 35.00 seorang setahun hingga tahun 2020. Bagi tahun 2021, pihak BJSB akan menaikkan kepada RM 50.00 seorang setahun.
1.2 Bagi ahli PERBEKAS yang berusia 70 tahun ke atas ditawarkan “Skim Khairat – Teratai” dengan bayaran RM 150.00 seorang seumur Jika sekiranya menyertai bersama suami / isteri (2 orang) hanya dikenakan bayaran RM 2500.00 (Seumur Hidup). Rujuk pamplet skim – skim tersebut.
1.3 Bagi ahli – ahli / keluarga yang telah menyertai “Skim Khairat Kelompok PERBEKAS”, sekiranya meninggal dunia, waris – waris mereka akan dibayar faedah dan manfaat sepertimana dalam pamplet / risalah semasa menyertai skim tersebut. Kad keahlian juga dikeluarkan kepada mereka – mereka yang menyertai skim ini. Semenjak skim ini dijalankan seramai tiga (2) orang telah meninggal dunia itu :
2. Dalam masa yang sama PERBEKAS bersama BJSB juga telah mengwujudkan “Skim Khairat MyMalaysia – Edisi Kastam” untuk ditawarkan kepada rakan – rakan kita yang masih berkhidmat dengan JKDM. Taklimat – taklimat awal telah dibuat untuk pegawai dan anggota JKDM di Kuching Sarawak, Kota Bharu Kelantan, WPKL Kelana Jaya, Kota Kinabalu Sabah, Alor Setar Kedah,Kangar Perlis, Sg Petani Kedah dan Johor Baharu Johor. Sambutan kepada mereka yang telah mendengar taklimat sangat menggalakan.
2.1 Skim ini berkonsepkan “3M”, mudah, murah dan mampu.
2.1.1 Bayaran penyertaan secara bulanan di buat secara potongan gaji “ANGKASA”.
2.1.2 Kad Keahlian akan dikeluarkan.
2.1.3 Sebagai mengingati serta mengenang jasa ibu bapa dan ibu bapa mertua juga boleh di bawa masuk dalam skim ini melalui potongan gaji pegawai dan kakitangan itu sendiri.
2.1.4` Ahli – ahli skim yang telah menerima faedah dan manfaatnya adalah seperti berikut :
i) Pn Intan Nur Diyana Binti Kamarilzama : RM 7,000.00
(Bapa Meninggal Dunia) (Badal Haji diurus sendiri oleh waris)
ii) Pn Jamaliah Binti Md Ghazali : RM 6,000.00
(Bapa meninggal Dunia) (Baki RM 1,000.00 belum dibayar. Badal Haji akan di buat
pada tahun 2021)
iii) Pn Norhamizah Binti Othman : RM 4,000.00
(Bapa kemalangan – tuntutan
Putus jari / tlaporan doktor)
2.2 Ke semua skim – skim di atas telah pun mendapat restu pihak Kerajaan, sokongan pihak JAKIM dan JPA. Telah dilancarkan oleh YBhg Dato’ Sri Subromaniam Tholasy (Ketua Pengarah Kastam Malaysia – Mantan).
2.3 Taklimat – taklimat “Skim Khairat MyMalaysia – Edisi Kastam akan diteruskan selepas Covid-19 reda dan keadaan mengizinkan, InsyaAllah.