Pemilihan Jawatankuasa Baru PEJASMA dan Mesyuarat Khas Akaun

August 2, 2024 By 0 Comments

30 Julai 2024, Kuala Lumpur :  Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia (PEJASMA) telah memilih Dato’ Abd Rahman Manan (Presiden), Saudara Haji Abdul Razak Md Hassan, Pesara/Ahli Lembaga KTMB (Timbalan Presiden), Dato’ Bedolah Botok (Naib Presiden), Dato’ Jaapar Mansor (Setiausaha Agung), Saudara Haji Hamidi Salleh, Pesara FAMA (Penolong Setiausaha Agung), Saudara Samuel Devadasan, Pesara/Bekas MTSU (Bendahari Agung) & 20 Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK). Selepas Mesyuarat Agung PEJASMA, Mesyuarat Agung Khas diadakan untuk menerima dan meluluskan penyata – penyata akaun PERBEKAS yang ditangguhkan semasa Mesyuarat Agung PERBEKAS pada 24 April 2024 di Dewan Kastam Zon Tengah, Kelana Jaya, Selangor. Aamiin.

Foto: En Prakash