Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hariraya 2025.
Majlis yang dihadiri lebih hampir 200 ahli/pasangan berjalan lancar dan meriah dengan berbagai acara yang diadakan di Dewan Kampung Kastam, Pelabuhan Klang.
Turut hadir Dato’ Abd Rahman Manan, Presiden, Dato’ Jaapar Mansor,
Setiausaha Perbekas Malaysia dan lain-lain AMJK Perbekas Pusat & Selangor, di bawah kepimpinan Tuan Haji Mahat Salleh, Pengerusi Perbekas Selangor yang baru.
Tahniah kepada Tuan Haji Mahat Salleh, Pengerusi Perbekas Selangor yang baru kerana berjaya mengadakan majlis tersebut dengan jayanya, syabas.
0 Comments on "Majlis Sambutan Hariraya 2025"