10 Februari 2025, PICC, Putrajaya: Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji. Fadillah Haji. Yusof, Timbalan Perdana Menteri, mewakili YAB Perdana Menteri. Tema Hari Kastam Sedunia 2025 ialah “Kastam Melaksanakan Komitmen ke Arah Kecekapan, Keselamatan dan Kemakmuran.”
Tahun 2024 menyaksikan pungutan hasil tertinggi dalam sejarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dengan jumlah sebanyak RM65.57 bilion, berbanding RM55.17 bilion pada tahun 2023.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.
Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) turut diwakili oleh Timbalan Presiden, YBHG. Dato’ Haji. Bedolah bin Botok, serta Setiausaha PERBEKAS, Dato’ Haji. Jaapar bin Mansor.
0 Comments on "Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-43 Peringkat Kebangsaan 2025"