Majlis Perjumpaan Mesra PERBEKAS & Pesara Kastam Perak

March 8, 2023 By 0 Comments

8 Mac 2023, Ipoh, Perak : Presiden PERBEKAS, Dato’ Abd Rahman Manan telah menghadiri Majlis Perjumpaan Mesra PERBEKAS & Pesara Kastam Perak di Kediaman Tuan Hj. Hussin Dato’ Hairi Osman di Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Kehadiran ahli – ahli dan pesara Kastam dianggarkan lebih 80 orang dan berjalan dalam suasana meriah & mesra. Dato’ Presiden telah menyampaikan ucapan mengenai objektif / peranan PERBEKAS termasuk usaha terbaru, iaitu mewujudkan Skim Khas Kebajikan Pemberian Alat Kesihatan – EQCARE yang akan dilancarkan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan II pada 16 Mac 2023 di Dewan Kenangan, Kompleks Kastam, Kelana Jaya, Selangor. Beliau turut berkata majlis semalam dihadiri oleh beliau, Tuan Hj. Hussin, Pengerusi PERBEKAS Perak & Tuan Hj. Iqbal Shah, Setiausaha PERBEKAS Perak.