Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan PERBEKAS (2023 – 2026) & Majlis Sambutan Hari Raya 2024 PERBEKAS, PEJASMA & EQCARE Malaysia

May 20, 2024 By 0 Comments

24 April 2024, Kelana Jaya, Selangor : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan PERBEKAS (2023 – 2026) & Majlis Sambutan Hari Raya 2024 PERBEKAS, PEJASMA & EQCARE Malaysia telah diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Kastam Zon Tengah, Kelana Jaya, Selangor pada 24 April 2024 (Rabu). Kehadiran sangat membanggakan dimana lebih kurang 350 orang (termasuk 2 wakil PERBEKAS Sabah & Sarawak) menghadiri majlis tersebut.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Anis Rizana Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan khas iaitu Dato’ Dr Adnan Mat, Presiden CUEPACS, Datuk Dr Azih Muda, Presiden PEJASMA, Mantan Ketua / Timbalan Ketua / Pengarah – Pengarah Kastam dan lain – lain.

Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian sumbangan peralatan kesihatan seperti kerusi roda, alat tekanan darah dan alat gula darah oleh Dato’ Anis Rizana kepada ahli – ahli PERBEKAS & PEJASMA yang memerlukannya. Tambahan pula, beberapa gerai pameran turut hadir mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka bagi para hadirin.

Foto: Tn Hj Abdul Rahman Abd Manan, Jurufoto / Pen. Setiausaha PERBEKAS