Majlis Kunjung Hormat PERBEKAS Ibu Pejabat & PERBEKAS Perak dengan Pengarah Kastam Negeri Perak

March 28, 2023 By 0 Comments

28 Mac 2023, Ipoh, Perak : Majlis Kunjung – Hormat PERBEKAS Ibu Pejabat & PERBEKAS Perak kepada Pengarah Kastam Negeri Perak di JKDM Ipoh, Perak.

Turut hadir : Dato’ Abd Rahman Manan (Presiden), Tuan Hj. Hussin (Pengerusi), Tuan Hj. Iqbal Shah (Setiausaha), AJK PERBEKAS Perak, Encik Renutasan & Encik Prakas (Konsultan Buletin & EQCARE).

Antara perkara yang dibincang dan disambut baik oleh Dato’ PKN Perak adalah:

1. Kerjasama PERBEKAS dengan JKDM Perak

2. Bantuan mengeluarkan Senarai Pesara Kastam untuk kempen keahlian

3. Sokongan bagi pengurusan penerbitan Buletin PERBEKAS

4. Sokongan Kempen Taklimat Skim Khairat Edisi Kastam di JKDM Perak

Terima kasih kepada YBhg. Dato’ PKN Perak & Timbalan PKN Perak yang memberi respon yang begitu baik, meskipun kunjungan ini diadakan semasa bulan Ramadan

Laporan: Dato’ Abd Rahman Manan, Presiden PERBEKAS