PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

SEJARAH PERBEKAS

PENUBUHAN :

Persatuan ini telah ditubuhkan oleh beberapa orang bekas Pegawai Tertinggi dan
Pegawai Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan nama “Persatuan
Bekas Pegawai Kastam Malaysia” pada tahun 1989 di Kuala Lumpur (No. Daftar :
1001/89) dan PPM-003-14-08111989.

Nama PERBEKAS dipinda pula kepada “Persatuan Bekas Kastam Malaysia” supaya
lebih sesuai dengan keahlian PERBEKAS kepada semua kategori pegawai dan
kakitangan JKDM yang telah bersara daripada perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia, iaitu :

i) Ketua Pengarah Kastam, Timbalan Ketua Pengarah Kastam & Pengarah
Kastam (Pegawai Pengurusan Tertinggi);
ii) Pegawai Pengurusan / Professional Kastam (Pegawai Kanan);
iii) Penolong Penguasa Kastam (Pegawai Kanan);
iv) Pegawai Kastam Tinggi / Kanan, Pegawai Kastam (Termasuk Pegawai Kastam
Marin);
v) Semua Peringkat Kakitangan JKDM;
vi) Pegawai dan Kakitangan JKDM yang berpindah ke Jabatan / Agensi lain
daripada JKDM.

OBJEKTIF & TUJUAN :

Rujuk dalam ruangan / keterangan lanjut “Objektif dan Tujuan” PERBEKAS.

PENGURUSAN PERBEKAS :

  • Pengurusan dan pentadbiran PERBEKAS dijalankan oleh Presiden, Naib Presiden,
    Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Urusetia Pejabat PERBEKAS.
  • Pegawai Tertinggi PERBEKAS di bantu oleh Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) dan
    JK – JK / Biro – Biro PERBEKAS.
  • Struktur Organisasi PERBEKAS (Rujuk Carta Organisasi PERBEKAS).
    SEJARAH PERBEKAS

PEJABAT PENGURUSAN PERBEKAS :

Semasa penubuhan awal PERBEKAS, pejabat PERBEKAS di Pejabat Syarikat Tuan Hj
Suleiman Ali (Bendahari PERBEKAS 1989 – 2014). [Terima kasih atas sumbangan
beliau].
Selepas itu dijalankan di rumah / pejabat Syarikat Allahyarham Tuan Hj Mohd Illias
Wan Chik (SU I), Tuan Hj Abdullah Mat Wajib (SU II), Tn Hj Zamzam Jalaludin (SU III).
Semenjak tahun 2005 Pejabat PERBEKAS berpindah ke JKR No. 3148, Jalan
Persekutuan, Bukit Persekutuan , 50480 Kuala Lumpur apabila Dato’ Presiden
PERBEKAS berjaya mendapatkan Kuarters Kerajaan yang tersebut daripada Bahagian
Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan bayaran sewa RM
500.00 sebulan hinggalah sekarang ini. Terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri
(JPM) atas kelulusan mengguna / memberi sewa bangunan kuarters tersebut kepada
PERBEKAS.

JASAMU DIKENANG :

Penaung Kehormat PERBEKAS :
1. Allahyarham Tn Hj Zainuddin Mohamad (Bekas Pengarah JKDM Ibu Pejabat).
2. YM Datuk Seri Utama Allahyarham Tunku Adnan T.B. Burhanuddin (Bekas TKPK
(Pencegahan) (2002 – 2016).
3. Allahyarham Tan Sri Abdul Halil Abd Mutalib (Bekas KPK Malaysia 2010 – 2015).
4. Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah (Bekas Tuan Yang di
Pertua (Gabenor), Negeri Sabah 2012 – sekarang).

Jasa – jasa mereka tetap dikenang semoga roh mereka – mereka yang telah pergi
meninggalkan kita dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

PRESIDEN & SETIAUSAHA :

YM Datuk Seri Utama Tengku Adnan (Presiden) ( 1990 – 2000); &
Allahyarham Tn Hj Mohd Illias Wan Chik (Setiausaha I)
Allahyarham Dato’ Nuri Sam Abdul Latiff (Presiden) ( 2000 – 2002); &
Allahyarham Tn Hj Mohd Illias Wan Chik (Setiausaha I)
Tn Hj Nik Mahmud Nik Yaacob (Presiden) ( 2000 – 2006); &
Tn Hj Abdullah Mat Wajib (Setiausaha II)
Dato’ Abd Rahman Manan (Presiden 2006 – Sekarang); &
Setiausaha III, IV, V, VI & VII)
Tn Hj Zamzam Jalaludin ( 2006 – 2010)
Tn Hj Nasaruddin Othman ( 2010 – 2014)
Tn Hj Mohd Dom Ibrahim ( 2014 – 2018)
Tn Hj Nasaruddin Othman ( 2018 – Sekarang)

MESYUARAT AGUNG PERBEKAS :

PERBEKAS melalui proses Mesyuarat Agung Dwitahunan (2 Tahun Sekali).
Dengan pindaan Undang – Undang PERBEKAS yang dipersetujui dalam Mesyuarat
Agung Dwitahunan Sesi 2018 – 2020 dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan
(ROS), Mesyuarat Agung PERBEKAS akan diadakan secara “Tritahunan (3 Tahun
Sekali” mulai Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Pertama Sesi 2020 – 2023 pada tahun
ini.

PENUTUP :

Semoga PERBEKAS akan bertambah mantap sebagai badan unggul untuk pesara /
bekas Kastam bernaung serta menjaga kepentingan dan kebajikan mereka,
InsyaAllah.