PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA

EQCARE PERBEKAS

LATAR BELAKANG :

Terdapat ahli – ahli / keluarga PERBEKAS, PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan tetapi tidak berkemampuan untuk membeli peralatan tersebut. PERBEKAS dan PEJASMA telah menerima banyak cadangan supaya
PERBEKAS & PEJASMA mengwujudkan “Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA” bagi menguruskan penerimaan dan pemberian alat – alat kesihatan yang diperlukan.

PELAKSANAAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa (MJK) PERBEKAS Bil. 1 Tahun 2023 pada 23 Februari 2023 telah bersetuju untuk mengwujudkan Skim Kebajikan EQCare – PERBEKAS & PEJASMA. Satu JK Khas telah ditubuhkan bagi menggerakan skim tersebut secara teratur dan tersusun seperti berikut :

  1. Mendapatkan sumbangan pihak syarikat / individu bagi membekalkan peralatan kesihatan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.
  2. Peralatan kesihatan yang diterima akan diletakkan di dalam tempat simpanan sebelum ianya diagihkan.
  3. Pemberian alat kesihatan ini diberi secara percuma atau secara sewaan dengan harga murah dan mampu milik.
  4. Ahli / Keluarga PERBEKAS & PEJASMA dan Orang Awam yang memerlukan peralatan kesihatan yang tidak berkemampuan boleh memohon melalui Website www.eqcare.my dengan memilih di bahagian “Penderma atau Pemohon”.
  5. Setakat ini sambutan dan sokongan pihak syarikat / individu adalah menggalakan. Begitu juga terdapat ramai juga pemohon – pemohon yang telah memohon dan ada yang sudah dibekalkan secara percuma.

MAJLIS PELANCARAN SKIM KEBAJIKAN EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA :

Majlis Pemeriksaan / Bekalan Peralatan Kesihatan & Pelancaran EQCare – PERBEKAS & PEJASMA telah diadakan di Dewan Kenangan , Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya, Selangor yang dihadiri seramai 350 orang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dalam suasana yang santai dan meriah. YB Timbalan Menteri Kewangan II sangat berpuas hati dengan program yang diaturkan dan meminta pihak PERBEKAS & PEJASMA agar dapat memperluaskan kepada peringkat negeri / daerah. Beliau juga menyeru pihak syarikat swasta, korporat dan individu yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan derma secara ikhlas.

Kunjung Hormat PERBEKAS bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia

29 April 2026, Putrajaya : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat bersama Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad,…

Taklimat PERBEKASCARE – PERBEKAS Negeri Selangor

28 April 2026, Pelabuhan Klang, Selangor : Jelajah taklimat PERBEKASCARE untuk setiap PERBEKAS Negeri bermula dengan Negeri Selangor selaku negeri pertama, di…

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PERBEKAS Negeri Kelantan 2026

18 April 2026, Kota Bharu, Kelantan : PERBEKAS Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Majlis ini dimeriahkan…

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PERBEKAS Negeri Selangor 2026

15 April 2026, Pelabuhan Klang, Selangor : PERBEKAS Negeri Selangor telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Dewan Al-Islah, Pelabuhan Klang,…