
Program Pemeriksaan / Bekalan Alat Kesihatan & Pelancaran Skim Kesihatan EQCARE – PERBEKAS
16 Mac 2023, Kelana Jaya, Selangor : Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) dan Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia (PEJASMA) telah menganjurkan Program Pemeriksaan / Bekalan Alat Kesihatan & Pelancaran Skim Kesihatan EQCARE – PERBEKAS di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Kastam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Selangor.
Presiden PERBEKAS, Datuk Abd Rahman Manan berkata, program – program yang telah diatur terdiri daripada Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Petaling Jaya, Pemeriksaan Kesihatan / Percubaan Secara Alat Elektronik Canggih / Terkini, Membuat / Mengganti Kad Pencen oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), penyampaian cek skim khairat kelompok PERBEKAS oleh Bumijez Sdn Bhd (BJSB) dan penyampaian cek – cek sumbangan kepada rumah kebajikan.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PEJASMA berkata, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Sim Chee Keong.
Turut hadir Datuk Aidid Tajuddin (wakil Ketua Ketua Pengarah Kastam; Datuk Azih Muda, Presiden PEJASMA; Ustaz Zainal Khamis, Pengerusi Eksekutif Bumijez; Encik Renutaasan Rajan, Pengarah Lotusarts. Seramai 350 orang ahli dan anggota keluarga juga hadir.
Dalam ucapannya, Tuan Sim Chee Keong menyokong penuh Program Pemeriksaan & Bantuan Alat Kesihatan melalui SKIM EQCARE – PERBEKAS & PEJASMA yang diuruskan oleh Lotusarts Technology Buddy (M) Sdn Bhd.
“Terima kasih syarikat – syarikat yang bersetuju membantu untuk menyumbang,” kata beliau.
Beliau berharap kedua – dua persatuan ini akan bergerak dengan cergas dan Kementerian Kewangan sedia untuk membantu, dan mahu melaksanakan projek – projek untuk ahli dan masyarakat majmuk.
Bagi meringankan bebanan kewangan kos pengurusan, program dan aktiviti, Tuan Sim Chee Keong meluluskan sumbangan awal RM20,000 kepada PERBEKAS dan RM20,000 kepada PEJASMA.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Pinterest
0 Comments on "Program Pemeriksaan / Bekalan Alat Kesihatan & Pelancaran Skim Kesihatan EQCARE – PERBEKAS"