Taklimat PERBEKASCARE – PERBEKAS Negeri Selangor
28 April 2026, Pelabuhan Klang, Selangor : Jelajah taklimat PERBEKASCARE untuk setiap PERBEKAS Negeri bermula dengan Negeri Selangor selaku negeri pertama, di mana taklimat tersebut diadakan di Dewan Al-Islah, Pelabuhan Klang, Selangor. Urusetia PERBEKASCARE telah mengetuai taklimat tersebut melalui slaid pembentangan serta demo langsung bagi projek PERBEKASCARE ini. Ahli – ahli PERBEKAS Pusat dan PERBEKAS Negeri Selangor telah menghadiri taklimat ini untuk mendapatkan penjelasan yang mendalam tentang struktur projek, cara membuat sumbangan melalui portal PERBEKASCARE serta perkara penting yang lain mengenai PERBEKASCARE.
Sejurus selepas taklimat PERBEKASCARE selesai, pendaftaran ejen PERBEKASCARE untuk ahli – ahli yang hadir telah dilaksanakan oleh Urusetia PERBEKASCARE. Turut hadir dalam taklimat ini adalah Dato’ Hj. Bedolah B. Botok, Presiden PERBEKAS, Tuan Hj. Mahat B. Salleh, Naib Presiden PERBEKAS dan Pengerusi PERBEKAS Negeri Selangor dan Dato’ Hj. Ja’apar B. Mansor, Setiausaha PERBEKAS.

Share on Facebook Share on Twitter Share on Pinterest
0 Comments on "Taklimat PERBEKASCARE – PERBEKAS Negeri Selangor"