Sambutan Hari Raya Aidilfitri PERBEKAS Negeri Selangor 2026

April 15, 2026 By 0 Comments

15 April 2026, Pelabuhan Klang, Selangor : PERBEKAS Negeri Selangor telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Dewan Al-Islah, Pelabuhan Klang, Selangor. Lebih 50 ahli PERBEKAS Negeri Selangor telah menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ini. Tuan Hj. Mahat B. Salleh, selaku Pengerusi PERBEKAS Negeri Selangor telah memberikan sepatah dua kata untuk merancakkan lagi majlis. Pelbagai cabutan bertuah dimenangi oleh para tetamu yang hadir di samping menjamu selera sajian Hari Raya yang unik dan luas. Syabas dan tahniah diucapkan!