Majlis Berbuka Puasa PERBEKAS dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Projek PERBEKASCARE

February 26, 2026 By 0 Comments

26 Februari 2026, Petaling Jaya, Selangor : PERBEKAS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di RUANG Petaling Jaya, Selangor dari pukul 6.30 petang – 8.30 malam. Para hadirin terdiri daripada MJKT PERBEKAS bersama pasangan serta rakan kongsi PERBEKAS termasuk Lotusarts dan DagangTEK.

Di samping itu, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Projek PERBEKASCARE telah berlangsung dimana perjanjian projek PERBEKASCARE telah dimeterai antara PERBEKAS dan Lotusarts sebagai Pengurus and Urusetia Projek PERBEKASCARE. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan kongsi PERBEKAS iaitu DagangTEK.

Kedua – dua majlis telah berlangsung secara teratur dan meriah. PERBEKAS amat berharap projek PERBEKASCARE akan dijalankan dengan sebaik mungkin. Syabas dan tahniah diucapkan!