
Majlis Jalinan Kasih PERBEKAS Negeri Sabah
22 Mei 2023, Kota Kinabalu, Sabah : Majlis Jalinan Kasih PERBEKAS Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 22 Mei di Hotel Grand Palace, Kota Kinabalu. Alhamdulillah, seramai 80 orang hadir di majlis berkenaan.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Dato’ Hj Bedolah Botok, Naib Presiden PERBEKAS. Juga turut hadir adalah Dato’ Sri Ibrahim Jaapar, Mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan Datuk Hj Md Yusop Mansor, mantan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Dato’ Bedolah Botok, Naib Presiden PERBEKAS membangkitkan isu peranan Yayasan Kebajikan Kastam Malaysia (YKKM) kerana tiada apa – apa info yang diberikan kepada ahli YKKM yang telah bersara kerana kemungkinan yang tidak jadi Ahli Seumur Hidup (ASH) YKKM, keahlian mereka telahpun digugurkan. MJK PERBEKAS akan meneliti perlembagaan YKKM dan tindakan sewajarnya akan dikemukakan kepada Dato’ Ketua Pengarah Kastam & YKKM supaya penambahbaikan dapat dibuat.
Laporan: Tuan Nasip Usop & Dato’ Bedolah Botok
Share on Facebook Share on Twitter Share on Pinterest
0 Comments on "Majlis Jalinan Kasih PERBEKAS Negeri Sabah"