PERSATUAN BEKAS KASTAM MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera & Salam Perpaduan.
Saya ingin memanjatkan setinggi – tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan kehendak dan inayahNya, kami Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (AMJK), Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) dapat bergerak dan menjalankan peranan dan objektif PERBEKAS selaras dengan kehendak Undang – Undang (Perlembagaan) PERBEKAS sekadar yang kami termampu.
Pergerakan dan program / aktiviti yang kami jalankan adalah selaras dengan kemampuan kami serta kemampuan kewangan PERBEKAS sendiri. Untuk makluman semua, semenjak saya mengambil alih jawatan Presiden PERBEKAS bagi penggal 2006 – 2008, dan dengan hubungan baik saya dengan kepimpinan Kerajaan, PERBEKAS diberi peruntukan Sumbangan Kementerian Kewangan (MOF) sebanyak RM 50,000.00 setahun dan adakalanya RM 100,000.00 bagi menjalankan program dan aktiviti. Disamping sumbangan tahunan Kementerian Kewangan (MOF), pihak PERBEKAS juga menguruskan penerbitan “Buletin Bekas Kastam Malaysia – Buletin PERBEKAS” bagi mencari dana melalui rayuan jualan iklan.
Saya bagi pihak Pegawai Tertinggi, Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja (AMJK) dan Ahli – ahli PERBEKAS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan, khasnya YAB Perdana Menteri, YB Menteri Kewangan, YBhg Ketua Pengarah Kastam Malaysia / Pengurusan JKDM Ibu Pejabat & Negeri serta semua pihak yang terlibat kerana membantu dengan bekerjasama dengan PERBEKAS. Adalah menjadi harapan agar kerjasama dan hubungan yang baik ini dapat diteruskan
Sekian, terima kasih.
(DATO’ ABD RAHMAN MANAN, DIMP.,KMN.,PPN)